Assalamualaikum :)
Kadang-Kadang kita tak perasan,
Kita sibuk hal dunia,
Hal akhirat tertinggal di belakang.
Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita tegur orang buat salah,
tapi kita pun buat benda yang sama.
Kadang-kadang kita tak perasan,
Kita mengata orang,
tapi diri sendiri kita tak tengok kelemahan.
Kadang-kadang kita tak perasan,
Masih banyak yang kita perlu perbetulkan,
tapi kita tak boleh nak terima pandangan.
Kadang-kadang kita tak perasan,
kita rasa kita paling hebat,
tapi sebenarnya orang rasa kita ni belagak pandai.
Kadang-kadang kita tak perasan,
kita dah buat kesalahan,
tapi kita tak boleh nak terima teguran.
Tapi sejauh mana kita perasan,
kita sebenarnya Hamba Allah yang juga manusia biasa,
yang sangat-sangat perlukan masa,
untuk berfikir & kembali bermuhasabah diri untuk perkara yang kita lakukan?
Kadang-kadang kita tak perasan semua tu,
kerana kita manusia biasa yang hidup penuh dengan perasaan.
Kerana itu kita perlukan teman atau sahabat di dunia ini untuk menegur kita bila kita jadi orang yang tak perasan apa yang sebenarnya kita lakukan.
Semoga Allah memelihara kita dlm mencari KeredhaanNya.
Wallahhu Ta’ala a’lam.
(via-abuhanifah)